Petikan

Semua orang boleh mengakses laman web ini, menjadikan usaha kita terbukti telus dan terbuka. Ini semua dilakukan kerana keperihatinan terhadap tanggungjawab agar setiap sen dibelanjakan sampai kepada sasaran, terutama rakyat yang memerlukannya.

Datuk Seri Najib Tun Razak
Perhimpunan Agung Umno, PWTC

Statistik Semasa

Jumlah Capaian : 259212

 

 

 

 

Mengenai Rangsangan Ekonomi

 

Sejak pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos 2008, krisis kewangan global yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin ketara dan telah memberi impak negatif kepada ekonomi besar di peringkat global, termasuk Malaysia. Perkembangan ini sudah pasti akan menjelaskan pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa pada tahun 2009. Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang mencabar ini, Kerajaan telah mengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani krisis kewangan global ini.

 

Ke arah ini, dasar pengembangan fiskal dilakukan dengan meyuntik peruntukan sebanyak RM 7 bilion bagi pakej rangsangan pertama dan RM 60 bilion bagi pakej rangsangan kedua untuk memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta merangsang aktiviti sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Projek dan program yang dilaksanakan adalah selari dengan lima teras Misi Nasional dan juga selaras dengan tiga strategi khusus Bajet 2009 iaitu :


Menjamin Kesejahteraan Rakyat

Membangunkan Modal Insan Berkualiti; dan

Memperkukuhkan Daya Tahan Negara


Selain Pakej Rangsangan RM 7 billion dan RM 60 bilion, langkah-langkah berikut juga akan dilaksanakan:-


Meningkatkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan

Menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif dan

Meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat bagi meletakkan asas-asas yang kukuh untuk mengekalkan momentum pertumbuhan Negara yang mapan.
Terakhir Dikemaskini Rabu, 08 April 2009 11:56
 

Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh
Kementerian Kewangan.
-->