Latar Belakang PMU
Unit Pengurusan Projek ( Project Management Unit – PMU ) dipertanggungjawabkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk memantau dan mengawal-selia Pakej Rangsangan Ekonomi 1 berjumlah RM 7 bilion dan Pakej Rangsangan Ekonomi 2 berjumlah RM 60 bilion supaya diimplementasikan dengan berhemah dan segera bagi menentukan keberkesanan polisi fiskal yang telah ditetapkan.
Bidang Tugas Memastikan perlaksanaan semua program dan projek yang telah diumumkan dilaksanakan dengan segera
Memantau dan menyelaras perlaksanaan semua program dan projek supaya berjalan lancar
Mengadakan mesyuarat dengan kementerian/agensi pelaksana secara berkala untuk memantau dan mengatasi sebarang masalah yang menghalang kelancaran pelaksanaan program dan projek
Melaporkan kemajuan pelaksanaan program dan projek serta isu dan cadangan penyelesaian setiap dua minggu kepada Y.B Menteri Kewangan II dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan
Melaporkan kemajuan pelaksanaan program dan projek serta isu dan cadangan penyelesaian setiap dua minggu kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan setiap bulan.
Pakej Rangsangan Kerajaan telah mengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani krisis yang dihadapi. Dasar pengembangan fiskal dilakukan dengan meyuntik peruntukan sebanyak RM 7 billion bagi memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta merangsang aktiviti sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat. Projek dan program yang dilaksanakan adalah selari dengan lima teras Misi Nasional dan juga selaras dengan tiga strategi khusus Bajet 2009 iaitu :
- Menjamin Kesejahteraan Rakyat
- Membangunkan Modal Insan Berkualiti; dan
- Memperkukuhkan Daya Tahan Negara
Selain Pakej Rangsangan RM 7 billion, langkah-langkah berikut juga akan dilaksanakan:- - Meningkatkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan
- Menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif dan
- Meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat bagi meletakkan asas-asas yang kukuh untuk mengekalkan momentum pertumbuhan Negara yang mapan.
|
|
Terakhir Dikemaskini Rabu, 08 April 2009 14:51 |